Wednesday, February 24, 2010

Hubungi Kami

IS NAEY ENTERPRISE
NO.4&4A, PERSIARAN INDUSTRIAL 1, JALAN DATO'SEE KHOO LIM,
31100 SG.SIPUT (U),
PERAK DARUL RIDZUAN

NO. TELEFON : 05-598 1660
NO. FAX : 05-598 1676

Gambar Ladang Ternakan




Pengenalan

Pentemakan cacing tanah secara komersial merupakan salah satu cabang industri pertanian yang berkembang pesat sejak akhir-akhir ini. Ini dapat dilihat secara umumnya ramai peminat dan penggiat atau pengusaha yang mula melibatkan diri di dalam industri ini samada secara hobi atau kecil­-kecilan dan sekaligus memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan sampingan yang hebat.

Pengetahuan temakan cacing secara komersial di Malaysia masih lagi berada pada peringkat awal. Umum mengatakan bahawa secara tradisinya cacing digunakan sebagai umpan untuk memancing ikan di sungai-sungai. Malah, cacing juga digunakan untuk makanan ternakan ayam dan itik. Diberitakan, zaman nenek moyang kita cacing pernah digunakan sebaga ubat yang dapat menyembuhkan berbagai penyakit malah boleh memperbaiki suara agar lebih halus dan lembut. Agaknya, lagu-lagu zaman '60an dan '70an masih sedap didengar hingga kini mungkin penyanyinya pernah mengambil resepi cacing, agaknya... Wallahu'alam!

Di Malaysia, diberitakan industri cacing diperkenalkan sekitar . awal '80an oleh kerajaan Negeri Selangor apabila pesawah-pesawah membakar jerami padi untuk dijadikan baja. Akibatnya, bukan saja melibatkan pencemaran alam sekitar disebabkan asap dan jerubu malah pesawah-pesawah sendiri mendapat sakit lelah dan asma. pencemaran alam sekitar dan kesihatan menjadi isu ketika itu. Dengan membawa masuk baka cacing dari Indonesia, bermulalah era industri cacing yang fokus utama ialah menggunakan kembali jerami-jerami padi sebagai makanan cacing bagi menghasilkan baja organik.

Natijahnya, alam sekitar yang bersih dan selamat, petani yang sihat mendapat hasil sawah yang berganda. Malah lcos membeli baja sebatian/kimia dapat dijimatkan. Era `90an memperlihatkan individu­individu telah mengambil langkah positif menggunakan cacing sebagai jentera pembuat baja organik dan majoriti individu tersebut adalah dari kalangan kaum Cina. Hanya segelintir bangsa melayu yang bergiat ketika itu.

Di luar negara seperti di Amerika, Eropah, China, Australia, Jepun malah India, Filipina dan Indonesia industri penternakan cacing telah lama dipelopori. Unsur berasaskan cacing digunakan secara meluas di dalam industri pertanian, makanan ternakan dan manusia, produk kecantikan/kosmetik, produk kesihatan malah digunakan di dalam bidang perubatan seperti merawat penyakit kanser dan berkaitan penyakit jantung. Era `80an, negara­negara telah mengeksploitasi cacing di dalam industri Pengurusan Sisa cecair'dan pepejal, dari bahan buangan menghasilkan bahan yang boleh memberi manfaat secara total kepada manusia.

Ringkasan Syarikat


Ø IS NAEY ENTERPRISE merupakan syarikat milik penuh bumiputra.

Ø Menjalankan aktiviti perniagaan yang berasaskan pertanian dan industri asas tani.

Ø Mula memfokuskan, kepada penternakan cacing tanah dan produk­-produk yang berasaskan cacing tanah sejak April 2008.

Ø Syarikat IS NAEY ENTERPRISE telah mempunyai ladang di INFORTERNAK dan tak lama lagi ada cawangan di Taiping. Sekarang syarikat IS NAEY ENTERPRISE mempunyai lebih dari 70 penternak yang bernaung di bawah syarikat ini.

Ø Menganjurkan seminar bagi melatih penternak-penternak baru yang berminat untuk menjalankan aktiviti ini. Juga membuat pemantauan terhadap penternak-penternak yang berada di bawah syarikat.

Ø Mengeluarkan produk-produk yang berasaskan cacing seperti baja vermi kompos, makanan ikan, makanan ternakan dan juga produk kosmetik.

Ø Menjalankan projek integrasi antara penternakan, haiwan lain (kambing, lembu, ikan), cacing tanah dan penanaman sayur-sayuran.

Ø Syarikat mensasarkan pengeluaran baja 5 tan sebulan dan target untuk sepanjang tahun melebihi 70 tan.