Pentemakan cacing tanah secara komersial merupakan salah satu cabang industri pertanian yang berkembang pesat sejak akhir-akhir ini. Ini dapat dilihat secara umumnya ramai peminat dan penggiat atau pengusaha yang mula melibatkan diri di dalam industri ini samada secara hobi atau kecil-kecilan dan sekaligus memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan sampingan yang hebat.
Pengetahuan temakan cacing secara komersial di Malaysia masih lagi berada pada peringkat awal. Umum mengatakan bahawa secara tradisinya cacing digunakan sebagai umpan untuk memancing ikan di sungai-sungai. Malah, cacing juga digunakan untuk makanan ternakan ayam dan itik. Diberitakan, zaman nenek moyang kita cacing pernah digunakan sebaga ubat yang dapat menyembuhkan berbagai penyakit malah boleh memperbaiki suara agar lebih halus dan lembut. Agaknya, lagu-lagu zaman '60an dan '70an masih sedap didengar hingga kini mungkin penyanyinya pernah mengambil resepi cacing, agaknya... Wallahu'alam!
Di Malaysia, diberitakan industri cacing diperkenalkan sekitar . awal '80an oleh kerajaan Negeri Selangor apabila pesawah-pesawah membakar jerami padi untuk dijadikan baja. Akibatnya, bukan saja melibatkan pencemaran alam sekitar disebabkan asap dan jerubu malah pesawah-pesawah sendiri mendapat sakit lelah dan asma. pencemaran alam sekitar dan kesihatan menjadi isu ketika itu. Dengan membawa masuk baka cacing dari Indonesia, bermulalah era industri cacing yang fokus utama ialah menggunakan kembali jerami-jerami padi sebagai makanan cacing bagi menghasilkan baja organik.
Natijahnya, alam sekitar yang bersih dan selamat, petani yang sihat mendapat hasil sawah yang berganda. Malah lcos membeli baja sebatian/kimia dapat dijimatkan. Era `90an memperlihatkan individuindividu telah mengambil langkah positif menggunakan cacing sebagai jentera pembuat baja organik dan majoriti individu tersebut adalah dari kalangan kaum Cina. Hanya segelintir bangsa melayu yang bergiat ketika itu.
Di luar negara seperti di Amerika, Eropah, China, Australia, Jepun malah India, Filipina dan Indonesia industri penternakan cacing telah lama dipelopori. Unsur berasaskan cacing digunakan secara meluas di dalam industri pertanian, makanan ternakan dan manusia, produk kecantikan/kosmetik, produk kesihatan malah digunakan di dalam bidang perubatan seperti merawat penyakit kanser dan berkaitan penyakit jantung. Era `80an, negaranegara telah mengeksploitasi cacing di dalam industri Pengurusan Sisa cecair'dan pepejal, dari bahan buangan menghasilkan bahan yang boleh memberi manfaat secara total kepada manusia.
Wednesday, February 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment